Monday

Hari Ke 156 (Jumaat 24/9)

Aku tak keluar ke rec-yard pun awal pagi nih, aku dah bersiap sedia nak tunggu kalau-kalau D.O koson datang. Sesambil tuh aku pura-pura tengok in-house movie, film apa tah, film lawan-lawan, not at all my cup of tea.

Just after 8 D.O Koson datang, terus aku meluru kat dia, nak tanya pasal status aku. Dia senyum aje, bila aku sampai dekat dia, belum sempat aku wish dia Good Morning, dia kata, "It's about time you leave this Facility". Nak terpancut kencing aku rasanya masa tuh, punya lah happy mendengar berita yang aku tunggu-tunggu tuh. Bila aku tanya dia exact date aku akan dideport, dia kata dia tak boleh beritahu, "for security reason" kononnya.

"Well, at least tell me, is it end of the week or towards the beginning of the week?", aku tanya dia lagi.

"That I can't tell you also", kata dia, sambil gelak-gelak. Tak apa, dapat news tuh pun dah cukup menggembirakan aku. Awal minggu ker, akhir minggu ker, aku tak kisah, pokoknya minggu depan aku akan dideport. Kalau boleh biarlah hujung minggu sebab aku nak duduk sini lagi, best pulak rasanya ekekekke.

Eh, lupa nak bersyukur! Syukur Alhamdulillah, InsyaAllah aku akan dideport jugak tak lama lagi. For the last few days aku asyik fikir kemungkinan yang aku akan lama lagi di sini, dan silap-silap akan dibebaskan to the streets aje kalau aku tak dapat Travel Document. Betul rupanya joke aku ituhari, yang aku akaan bebas bila dah ada pengganti aku.

Since aku masih ada dalam $25 call-time kat phone account aku, aku kena habiskan semuanya. Kalau tak, rugi gitu aje lah. So aku cuba talipun Amir-Bosnia. Tuhan punya kuasa, sekali aje aku dail, terus dapat. Pelik aku sebab sebelum ini hampir setiap hari aku cuba, dalam lima enam kali, tapi koq ga pernah nyambung. Punyalah happy dapat sembang, menjerit-jerit kitaorang.

Amir-Bosnia ingatkan aku dah lama bebasnya. Aku cerita kat dia apa-apa yang patut, then dia cerita kat aku proses pengdeportan dia. Dia dulu diescort oleh 2 orang, all the way sampai Bosnia. Dia kata kemungkinan aku tak akan diescort sampai Malaysia sebab aku beruniform biru, dia dulu beruniform oren, kan? Aku kata aku tak kisah, diaorang nak gari aku masa dalam flight pun aku dah tak akan malu dah, lagipun kalau gitu proses nya, apa lagi yang boleh aku buat, kan?

Dia cerita jugak yang dia masih belum sentuh arak pun lagi, dan walaupun dia banyak tinggal Sembahyang tapi setiap Jumaat dia tak pernah miss. Dia kata yang family dia (sedara-mara dia) kata yang dia nih berubah betul (dia datang Amerika masa umur 15 tahun), dia jadi "alim" dan "baik". Sekarang nih dia tak buat apa pun, just enjoying dia punya life, catching up dia punya lost times, kata dia.

Then aku terus talipun Consulate, nasib baik MrT ada, so aku berterima kasih dengan dia lah pasal menyediakan Travel Document tuh. Pelik dia agaknya pasal aku beria sangat berterima kasih nya, sampaikan doa agar dia sekeluarga sihat, panjang umur dan murah rezeki semuanya. Tapi itu lah aku kan, classy orang nya ekekeke. Mintak-mintak dia tak ada lah rasa guilty ker apa-apa sebab diaorang tak ambik tahu langsung pasal aku yang merengkok kat tahanan nih 5 bulan lebih. Oooppsssss........

Ker sebab itu dia sediakan cepat-cepat Travel Document tuh, untuk mengcover keguiltyan dia tuh kot? Oooppssss again ekekekekke. Apa-apa lah, tapi Consulate nih, diaorang memang Berkhidmat Untuk Negara betul. Tapi kalau diaorang Berkhidmat Untuk Masyarakat, lagi best kan?


Happy aku bila MrT kata yang passport aku boleh direnew bila balik Malaysia (*Note: He's wrong, atau dia purposedly kasi wrong info kat aku. Atau dia memang tak tahu apa-apa pasal Immigration) nanti sebab that's one of the things yang aku akan do first bila balik nanti, renew passport. Pasal, InsyaAllah, with that little money left kat NekRock, aku niat nak buat Umrah. Secepat mungkin, bulan 1 atau 2 sure dah bukak balik pakej Umrah kan? I don't really care for anything else, itu yang aku nak dulu kan, InsyaAllah.

Then aku talipun Deo, kasi tahu news tuh. Bila aku taruk talipun aje baru aku terfikir, what if peminat aku yang bertali arus tuh bijak kepala hotak nya? Diaorang boleh check dengan Airlines, diaorang boeh check tarikh flight kan? Ala, berapa sangat flights dari New York ke Malaysia dalam seminggu kan? Satu atau dua jer kot? Buat nya ada yang geliga kepala hotak nya, dia check semua tuh, dan akan tahu yang bila adanya flight into KLIA dari NYC. Mamposlah aku, dengan keadaan aku yang berserabut gini, last thing yang aku nak, jumpa orang. Tapi, diaorang tak akan terfikir semua tuh kot? Diaorang mana reti semua tuh, diaorang takat reti check jadual bas ekspress jer kan? Ekekekekek

Itu yang aku rasa nak talipun Deo balik semula nak berpakat dengan dia, nak suruh tipu-tipu sikit, jangan beritahu bila aku akan dideport. Tak apa lah, now I have another thing to worry about kan? Bimbang yang akan ada orang kat airport nanti. Ish, apalah aku nih selalu cari susah. Then again I was happy dan memang patut pun aku kasi tahu orang lain kan?

Masa Muslim Service, aku kasi tahu Brothers yang aku kenal, pasal news yang aku akan dideport minggu depan tuh. Kasi diaorang my email address, the only contact yang aku ada. Tak ada lah aku macam happy sangat pun sebab aku tahu yang diaorang akan jadi tersedih bila dengar yang ada orang akan bebas, sedangkan diaorang masih ditahan. I know that too well, bila ada aje yang rapat dengan aku bebas, aku akan buat macam happy tapi dalam hati, God knows yang aku sedih sebab akan kehilangan kawan. Kat sini, kawan lah yang buat aku jadi happy, so bila dia bebas, kehappyan aku akan dibawak pergi sama.

Samir-Bosnia tak ada pulak harinih, apa hal nya? Dia tak pernah miss Muslim Service hari Jumaat, tapi harinih tak datang pulak. Mungkin dia ada Court kot? So tak dapatlah aku nak jumpa dia for the very last time.

Tak berapa best Muslim Service harinih pasal ImamKhan-Pakistan macam bad mood gitu, dia bengang kat Brothers yang kat belakang yang buat bising masa azan. Jihad-Morocco sama this Arab guy yang dah berumur dah, yang perangainya macam budak-budak. Kat sini yang selalu buat bising, yang selalu buat kacau masa Service, biasanya gang-gang Arab. Biasalah kan, diaorang ingat diaorang terrer lah pasal diaorang bangsa Arab.

Petang, aku melepak kat rec-yard sama Seong-Rawang aje, sembang-sembang pasal dia. Dia tetap kata yang dia nak request bond balik semula sebab dia tak tahan dan tak suka duduk kat tahanan nih. Dari gaya dia cakap, aku tahu yang dia tak nak pergi Court, dan dia nak sneak out dari US once dia dibebaskan nanti. Then aku beritahu yang dia kena lupakan pasal tuh sebab kat airport nanti dia akan ditahan dan he will probably spend a few more years dalam tahanan sebab cuba lari dari pergi Court. Lagipun, kalau tak ada at least $10,000, jangan haraplah nak bebas sebab bond aje dah $5000 dam another $5000 tuh untuk belanja selama dua bulan lebih sebelum dideport.

The rest of the evening tuh aku melepak sorang-sorang, the thought yang aku akan dideport minggu depan tuh masih tak boleh aku digest betul-betul lagi. Rasa macam nak percaya, rasa macam tak nak percaya. Rasa macam takut, tapi aku kuatkan diri dengan kata yang aku dah prepared, mentally.


Itulah, aku dah lima bulan lebih kat dalam tahanan nih, aku jadi macam takut of my own shadow. Tapi tak apa lah, aku dah nak bebas nih, kat luar aku I usually never see my shadow, because I am always looking ahead to the next adventure that is awaiting me, and I usually never look back.

Ada dua benda yang aku kena selesaikan, kalau lah aku akan dideport minggu depan. Aku kena khatamkan baca Quran/Terjemahan by this weekend, dan aku kena habiskan jajan aku. So lepas Isyak aku main chess dengan satu amigo nih sambil bukak a few packets of jajans. Berkerumun yang lain datang, dan selamba aje diaorang makan, selamba aje diaorang cekup segenggam demi segenggam Cajun Nuts tuh walaupun aku tak pelawa pun.