Friday

Selamat Pagi Malaysia

Kapalterbang mendarat di KLIA dekat pukul 6 pagi, seharian aku tak tidur semalam tuh. Aku tinggalkan jacket Calvin Klein aku kat dalam flight. Nak menunggu passengers lain keluar, punya lah lamanya. Dan bila aku sampai ke exit, tak ada pulak orang yang tunggu aku so terpaksalah melepak dulu kat situ sesambil tengok pramugari/a tuh tutup kedai.

Tak lama lepas tuh ada this one girl datang, dia nak uruskan pasal one Indonesian family yang hilang ticket, so dia escort aku sekali ke Terminal. Tak lama tuh dia panggil one guy suruh bawak aku ke Immigration Office. Selekeh jer Mamat tuh tapi tanya aku macam-macam. Pandang aku atas bawah. Tanya pun soalan pendek-pendek jer."Dari mana?", "Buat apa kat sana?", "Pasal lama tak balik?", soalan-soalan macam tuh. Sebijik macam yang aku imagine kan selama ini, so aku memang lah dah prepare. Prepare untuk dimalukan, prepare untuk terima aje sindiran-sindiran orang yang berkuasa.

"You kena tahan nanti ni", kata Mamat tuh.

"Tak apa lah Cik, saya pun letih nih, semalam tak tidur. Sejak keluar tahanan Isnin lepas dah saya tak tidur nya", aku kata gitu.

"Kena tahan? Kat mana?", dia tanya aku.

So aku ceritalah sesikit pasal aku ditangkap, ditahan kat Detention Center lima bulan lebih, dan baru 2 hari lepas nya aku dideport. Aku cerita jugak pasal Puasa dan Raya kat tahanan. Terseronok dia mendengar, dan aku pun terseronok tengok yang kail aku dah mengena umpan. Iyalah, tadi nya aku dive low aje, aku biarkan aje dia tanya aku itu ini. Tapi with me, mana boleh aku kat bawah aje kan? Masa tu lah aku cangkuk sikit.

Last-last beralus jadinya Mamat tuh cakap dengan aku, banyak benda yang ditanya tapi semuanya macam pelik dan ada a little respect. Dia siap bersalam sambil tepuk bahu aku dia kata, "Tak apa, kamu dah selamat sampai Malaysia, negara sendiri", masa kitaorang sampai kat Immigration Office tuh.

Awal pagi, mana lah ada orangnya pun, except a few pegawais dia lah. Ada 2 orang kat meja kat depan tuh so aku duduk kat kerusi yang Officer yang nampak macam baik sikit rupanya, dibandingkan dengan sorang lagi officer nih yang sambil baca paper, kaki dia kedua-dua kat atas meja. Sure dia nih berkelulusan tinggi nih kan, entah ada berapa PhD lah agaknya dia nih. Iyalah, kalau tak, tak kan sampai kaki taruk atas meja, kan? KAN? Ekekekekek Tapi tak apa, kan ker aku dah cakap yang aku memang expect semua benda-benda macam nih kan? So Officer tuh tanya lah aku, dia suruh aku ceritakan kes aku.

"Banyak lah duit nya", kata Officer yang tengah baca paper (ok, aku namakan dia Officer Lunjur) tuh bila aku kata aku kat US dulu kerja jaga orang cacat, Jews yang cacat tapi kaya. Oooo rupanya dia dengar apa yang kitaorang sembangkan.

Aku lambat-lambatkan cerita pasal aku ditangkap dan ditahan sebab aku tengok yang Officer tuh macam seronok aje dengar cerita aku, lagipun dia cakap pun makin lama makin lembut. And at the same time dia tulis a few things kat kertas, dia kata dia nak kena buatkan aku Surat since aku tak ada apa-apa dokumen pengenalan diri.

Then baru lah aku cerita yang aku ditangkap, kisah aku di tahanan. Aku stresskan pasal semua pengalaman tuh menginsafkan aku dan aku sekarang nih macam dah tak kisah dah dengan segala kemungkinan yang akan aku hadapi. Aku nak diaorang faham maksud aku yang diaorang nak sindir, nak layan aku teruk-teruk pun, aku dah tak kisah.


"Orang Kedutaan kata apa?", Officer Lunjur tuh tanya aku.

"Diaorang tak tahu apa pun, orang Consulate ada yang tahu sebab masa saya kena tangkapa, diaorang ada fax kan surat kat Consulate", aku kata gitu.

"Tak kan diaorang tak tahu? Habis, apa diaorang buat kat sana?", Officer Lunjur tanya.

Aku angkat bahu aje, sambil senyum sinis, tapi dalam hati aku geram aje nak jawab, "Fuck, how do I know? Ko kerja Gomen, ko patut tahu sendiri lah kan? Entah-entah diaorang pun taruk kaki atas meja macam ko jugak".

Sejam lebih kitaorang bercerita gitu tuh, then Officer tuh kata yang dia akan preparekan aku surat, dan dia suruh aku tunggu. Waktu tuh dalam pukul 7-45 am. Memang tak ada orang pun lagi. Dan dalam pukul 8 ke atas, pertukaran shift, dan office tuh pun dah mula didatangi orang. kebanyakannya Bangla, ada jugak yang dibawak masuk bergari, ada yang dibawak masuk berkumpulan. Semakin lama semakin ramai. Dan aku perhatikan, layanan Officers tuh sungguh menjijikkan aku. Aku tak tahu lah tapi walaupun diaorang tuh buat kesalahan, (most of them tuh tak ada salah nya pun cuma ada a few things yang tak betul, ada a few things yang diaorang tak tahu) tapi, apa salahnya cakap elok-elok? Diaorang tuh pun ada perasaan, kan? Memanglah diaorang tuh dari third world countries yang tak reti English, pakai selekeh, tapi apa lah salahnya layan diaorang baik-baik? Tak payahlah layan diaorang macam melayan masa Menteri datang, tapi layan biasa-biasa ajelah. Ini tidak, dimaki hamun, digelakkan nya aje diaorang tuh. Ada yang disuruh berdiri kat corner sorang-sorang, disuruh berdiri tegak, sambil diaorang selesaikan masalah orang lain dulu.

Malu aku kat diri sendiri bila tengok diaorang macam tuh tapi sebab aku sorang aje Melayu kat tempat menunggu tuh, sure orang ingatkan yang aku nih Bangla macam diaorang jugak. So, so far memang betul aku punya expectation pasal Melayu (Malaysian), masih lagi macam dulu. Tak Mentality Melayu Hilang Di Dunia kot? Memang 3rd world punya mentality betul lah.

Dari sejam ke sejam akau kaat situ tapi tak ada gayanya nama akau akan dipanggil. Resah aku jadinya, aku intai-intai kat luar, aku rasa macam nak blah gitu aje, biarlah tak dapat surat dari Immigration tuh pun. Tapi bila difikirkan yang aku dah sikit aje lagi nih nak bebas nya, baik aku tunggu aje lah.

Dan orang semakin ramai, dan ada aku nampak a few Malays yang ajen pekerja gayanya. So aku tegur lah Mamat yang sebelah aku tuh. "Memang macam nih ker keadaannya tiap hari?"

"Diaorang nih macam anjing kau tau tak?", kata Mamat tuh. Kesian kat dia sebab terpaksa kena selalu berurusan dengan orang macam errr..., dengan orang Immigrasi.

"Abang nanti diaorang akan bawak jumpa Polis untuk disiasat", kata Mamat tuh lagi.

Oh shit! Aku tak expect pun aku kena deal dengan Polis.

Dalam 4 jam aku kat Immigration/Custom office tuh baru lah aku dipanggil. Ada sorang Polis nih suruh aku ikut dia ke balai Polis yang tak berapa jauh dari situ.Tak ada rasa macam Balai sangat sebab diaorang tak pakai Uniform Polis pun (ker Uniform Polis dah tukar?), lagipun semuanya kat situ muda-muda jugak lagi gayanya. More like bilik Operasi aje.

So cerita-cerita gitu aje lah dengan this one officer, dia kata dia cuma nak ambik report aje sebab semua tuh nanti akan dihantar ke Immigration, Interpol etc. Interpol? Why in the world diaorang kena hantar report ke Interpol? Dan dia kata dia boleh kasi recommendation kat Immigration, sekiranya aku nak apply passport baru nanti.
"Tapi, kitaorang boleh tak payah buat semua ni. Ada cara nya", kata dia lagi.

"Macamana cara nya?", soalan bodoh aku, tapi aku tak tahu macamana nak tanya lagi. Walaupun ada terlintas di kepala aku yang entah-entah diaorang nih mintak rasuah kot? Tapi, tak kan lah. Bukanlah aku nampak alim, tapi at least respect lah sikit dengan orang yang "nampak macam baik nih". Aku berketayaplah for God sake! Ker sebab ketayap yang aku pakai tuh macam yang Niggers selalu pakai tuh, tak macam ketayap sangat kot? Entahlah but the whole thing tuh mengonfusedkan aku.

"Senang cerita lah, kitaorang boleh selesaikan semua ni. Ada jalannya", kata another Officer yang jadi kuncu dia.

Tak kan diaorang nih nak duit, kot? Tak masuk akal. Kang kalau aku kata aku boleh bayar, entah-entah ini perangkap diaorang aje. sebab Malaysia kan ker dar dulu lagi nak jadi negara yang telus? Tak kan tak telus-telus lagi dari dulu kan? Ini gaya macam nak perangkap aku jer nih, walaupun aku macam teruja nak kata yang just name the price, kalau aku mampu aku akan bayar.

Are these guys for real?, aku tanya dalam hati. Lama jugaklah diaorang offer tuh tapi sebab tak jelas (sebab aku tak faham dan aku takut nak tanya direst), so diaorang tak ada lah cerita panjang pun, walaupun ada aku mintak nombor talipun Officer tuh nak tanya kat luar nanti, macamana caranya. Tapi dia kata, selesaikan kat sini aje lah. Yer lah, ko tak cakap apa dia, mana aku nak tahu? Aku nih lurus bendul punya orang, walaupun aku kena tahan kat Amerika dulu tuh, tapi aku bukannya orang jahat, so aku tak reti nak fikir bnda-benda jahat.


Then, tak lama lepas tuh dia kata yang aku boleh pergi. Macam tak sangka aje, sampaikan aku tanya dia lagi, "Maksud nya saya bebas?".

"Ha ah, you bebas, you boleh pergi sekarang".

And so aku pun keluar dari KLIA.